Monday, December 10, 2012

Kata Aluan


SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU AZIE. 
 (DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI)

 BLOG INI DIBANGUNKAN BERDASARKAN KEPADA  KERJA KURSUS
 KRT 3013 ( TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH).

Semoga post yang ada dapat dimanfaatkan bersama.Kemaafan dipohon seandainya terdapat sebarang kecacatan atau kepincangan.Buat pengunjung blog ini sudilahlah kiranya berkongsi pandangan dan pendapat agar pembaikan dapat dibuat. 

TERIMA KASIH.

Saturday, December 1, 2012

BBM Dunia Sains Dan Teknologi(KSSR Tahun 1)

INDAHNYA ALAM CIPTAAN TUHAN.

KEPELBAGAIAN HAIWAN MENJADIKAN DUNIA SAINS BEGITU MENARIK UNTUK DIKAJI.


Saturday, October 27, 2012

Thursday, October 25, 2012

MATLAMAT & OBJEKTIF PENDIDIKAN SAINS

MATLAMAT

Menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains dan berketrampilan teknologi.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang  dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat.

OBJEKTIF

(Standard Kurikulum Sains)

1-  Merangsang Sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.

2-  Menyedikan peluang untuk murid menguasai kemahiran Saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan   kreatif.

3-  Meningkatkan daya kreativiti murid.

4-  Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

5- Membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

6-  Menyemai sikap saintifik dan nilai murni.

7-  Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.