MATLAMAT
Menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains dan berketrampilan teknologi.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat.
OBJEKTIF
(Standard Kurikulum Sains)
1- Merangsang Sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
2- Menyedikan peluang untuk murid menguasai kemahiran Saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
3- Meningkatkan daya kreativiti murid.
4- Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
5- Membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
6- Menyemai sikap saintifik dan nilai murni.
7- Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
Assalamualaikum.Blog menarik dan ada maklumat untuk dikongsi bersama.Teruskan upload bahan yang boleh dijadikan panduan semua.
ReplyDelete